Monday 28 March 2011

Bersyukurlah..

Bersyukurlah kepada Tuhan jika setiap malam tidur anda diganggu oleh dengkuran suami... kerana itu bererti dia tidur di rumah, di sebelah anda, bukan dengan orang lain.

Panjatkanlah kesyukuran kepada Tuhan setiap kali berasa penat dan letih pada penghujung hari... kerana itu bererti anda masih berupaya untuk bekerja kuat demi keluarga tercinta.

Berterima kasihlah kepada Tuhan, apabila melihat bayang-bayang sentiasa mengekori anda... kerana itu bererti anda masih mempunyai matahari yang menyinari hidup ini.

Bersyukurlah kepada Tuhan kerana terpaksa membersihkan lantai, mencuci tingkap serta membuang habuk yang melekap di dinding... kerana itu bererti anda mempunyai rumah untuk berteduh.

Panjatkanlah kesyukuran  kepada Tuhan jika banyak pakaian anda yang sudah sempit... kerana itu bermakna anda cukup makan dan tidak hidup dalam kedaifan.

Berterima kasihlah kepada Tuhan apabila diganggu bunyi bising kenderaan yang lalu-lalang... kerana itu bermaksud anda masih mempunyai pendengaran

Bersyukurlah kepada Tuhan kerana terpaksa membasuh dan menggosok setimbun pakaian setiap hari... kerana itu membawa erti anda masih mempunyai pakaian untuk dipakai.

Bersyukurlah kepada Tuhan apabila mimpi indah anda pagi ini terbantut oleh bunyi bising deringan jam loceng... kerana ia bererti anda masih bernyawa, dan sempat lagi untuk mengucapkan kesyukuran di atas segala rahmat dan nikmat yang diberikanNya. 

Alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment