Friday 29 April 2011

1, 2, 3.... Mau jeles suda aku~

TAK APA LA... 

Itu la perkataan yang ulang2 muncul dalam kepala otak aku ni tiap kali hati aku berbisik, "alangkah beruntungnya kalau aku.. bla bla blaa... macam org tu".pastu jeles mula bercambah2...:((. 

masing2 ada kemahuan sendiri, kemampuan sendiri, rezeki sendiri, kelebihan sendiri, kelemahan sendiri dan macam2 lagi. 

Tak kisah lah kita ni miskin ka, tak pandai ka, tak cantik ka, tapi bila seseorang tu dapat kawal rasa jeles dia tu, maka dialah yang paling beruntung di dunia ni. 

Mana aku dapat fakta begitu? well, its all based on my own observation. Ramai orang tewas sebab cemburu dan iri hati. Aku bukan lah baik sangat. Aku menulis benda ni pun sebab aku nak buang rasa jeles aku ni. Daripada aku simpan rasa jeles tu dalam lubuk hati dan sanubari aku, lebih baik aku membuangnya di sini. :p. 

orang kata kita akan cemburu kat seseorang tu bila dia ada kelebihan dari kita. Bohonglah bila anda mengatakan, aku ni pencemburu. Tidak, aku tidaklah sesadis itu. 

Cuma, rasa cemburu ini terbit akibat sedikit penyesalan. Atau mungkin lebih tepat, tidak bertuah.

Tidak bertuah! ah itu pun perkataan yang paling aku benci.  most people judge someone by their character, their intelligence, their ability and many more. Benda ni lah yang sebenarnya menjadikan munculnya benda 'jeles-menjeles' ni.

Aku ni bukanlah pengkaji sosial.

apa kaitan dengan JUDGING? 

untuk menilai seseorang, Hidup ni tak pernah lari dari istilah PERBANDINGAN atau dalam bahasa orang putih, COMPARISON.

ramai orang selalu nak compare2 seseorang tu dgn seseorang yang lain. pastu bawak 'berbincang'. maka terhamburlah segala kelemahan dan kekurangan orang yang ingin dibincangkan. tujuannya, supaya nak tengok siapa yang hebat. hahhaha. pastu, arguing. hoping that everyone can stand their view. lawak betul manusia ni. 


aku tak tahu apa yang aku mengarut. but my main point is: aku tengah jeles skg ni! arghh! Harap2 la jeles aku ni tak kemana.

aku tak mahu dengar baik kelebihan ataupun kekurangan setiap orang. Aku tahu setiap org ada kelebihan dan kekurangan sendiri but i dont want to know it SPECIFICALLY. biarlah fikiran aku hanya mengatakan, semua orang adalah sama. Cukup itu sahaja.



 O, Allah, please help me to ease this feeling. 

Tak apa, kembalikan jiwamu pada-Nya~~ :). and take it easy. oh, glad me. How I love for being myself. 

Angkat tangan kanan, tepuk bahu kiri, dan katakan; I'm the best of me. 


Terima kasih Allah. hamba-Mu ini masih bernafas pada hari ini. :)

P/s: JANGAN JELES!! (marah diri sendiri. ahahahha...)

*jeles diistilahkan sebagai cemburu, iri hati atau dengki. Jeles merupakan bahasa pasar yang dipetik dan diubahsuai daripada perkataan Inggeris iaitu jealous. 

Thursday 28 April 2011

M2M - Pretty Boy

I lie awake at night
See things in black and white
I've only got you inside my mind
You know you have made me blind

I lie awake and pray
That you will look my way
I have all this longing in my heart
I knew it right from the start

Oh my pretty pretty boy I love you
Like I never ever loved no one before you
Pretty pretty boy of mine
Just tell me you love me too
Oh my pretty pretty boy
I need you
Oh my pretty pretty boy I do
Let me inside
Make me stay right beside you

I used to write your name
And put it in a frame
And sometime I think I hear you call
Right from my bedroom wall

You stay a little while
And touch me with your smile
And what can I say to make you mine
To reach out for you in time

Oh my pretty pretty boy I love you
Like I never ever loved no one before you
Pretty pretty boy of mine
Just tell me you love me too
Oh my pretty pretty boy
I need you
Oh my pretty pretty boy I do
Let me inside
Make me stay right beside you

BRIDGE
Oh pretty boy
Say you love me too

Oh my pretty pretty boy I love you
Like I never ever loved no one before you
Pretty pretty boy of mine
Just tell me you love me too
Oh my pretty pretty boy
I need you
Oh my pretty pretty boy I do
Let me inside
Make me stay right beside you


someone~ im sorry, thanks. hope we'll be okay after this, and even better after this. trima kasih kerana tidak pudar. he4~:p

Wednesday 27 April 2011

yeahahaha


Salam! Hello! Hai! Konnichiwa! :) 

Tadi baru terbaca pasal guru kena pukul murid. :(. sedih la pula. aku ni plak bakal guru. takut la. nanti kena pukul2 mukaku y x brapa nak comel ni. ahehe...


Bila terbaca pasal murid pukul guru ni, aku tetiba ter'flash back' zaman skolah aku dulu. Kalu nak cakap benda pukul memukul ni xda, xley jugak. Cuma kuantiti kes tu kurang la sikit masa zaman aku dulu2.

oh yea! cakap pasal dulu2 ni pulak, aku teringat la zaman aku skola rendah. Masa tu, ya ampun, aku pun tak tahu nak describe mcmana. Aku rasa zaman skolah rendah tu, aku berada di tengah2 peralihan. Kalu nak kata masa tu masa penjajahan tak lah jugak. nak kata moden, tak juga. Tapi aku merasa la juga mcmana hidup zaman 90-an...best giler.::thumbs up::

Masa aku skolah rendah, start ja tahun satu, aku kena jalan kaki sejauh 5 km. Tak la jauh sangat. tapi yang nak jalan tu la satu problem. Kena turun naik bukit, lompat parit besar, pastu nak lintas jalan raya. Jalan raya ni pun satu hal. Dah la kecik, jalan sehala, gravel pulak. (kalu org kg aku panggil GRABEL. :D) 

iklan..
rindu plak aku kat budak2 ni. :).

paling best masa nak bertolak tu, kena bagi signal kat kazen2 seblah rumah. Ada la signal dia dalam bentuk bunyi. Sampai skang aku masih ingat macamna nak buat signal tu? nak aku demo? xyah la. Haha.

pastu, isyarat ni plak ada macam2 maksud. Ada bunyi y brmaksud, "jalan dulu", ada "tunggu", dan ada y "kami sudah dekat". Aku pun tak tahu macamana boleh tercipta bunyi2 yang penuh maksud tu. 

pastu, jalan ni pulak kena bawa satu ranting kecil. Part ni aku paling malas bila tiba turn aku. Bukan apa, bila sampai turn tu, orang yang bawak ranting tu kena jalan paling depan. Tau tujuannya? haa... tujuannya adalah untuk membuka sarang labah-labah yang ada di jalanan. Masa tu, kitorang kena ikut jalan ladang getah. Ladang ni plak tak macam ladang dah. Penuh semak samun apatah lagi time2 musim hujan dan musim luruh.

<-lebih kurang macam ni la ladang getah tu.

Kalau musim hujan, lagi la problem. kitorang kena bungkus kasut kitorang ni dengan plastik. Dengan harapan, kasut tu tak jadi kotor. Aku paling problem gak part ni. aku tak bleh nak kontrol plastik tu kat kasut aku. aku tak tahan dengan plastik nih. Sebab tu la, asal time hujan jer, kasut aku paling kotor antara kitorang adik beradik. Alaa... kasut beb, ada problem ka kalau kotor? asal ada kasut, kira ok la tu. tak kesah ar, kotor atau tidak. yang penting, aku dapat g skolah, main lompat getah. Best woo wa cakap lu. :)

tapi, masa kemarau tu lagi la problem. Aku paling tak suka time kemarau ni. masa tu jalan tak berturap lagi. So, time pagi2 nak pergi sekolah tu, baju putih bersih. sebersih bersihnya. Tapi, sampai skolah, dah jadi kain yang tak macam kain lagi dah. KUNING. Muka kitorang yang comel ni pun dah jadi macam albino. Kuning habuk. Hahaha. 

Lagi satu masa munculnya cerita2 jenayah kat jalan raya. Masa ni parents kitorang bagi nasihat , huh mcm nak hipnosis orang. yer la, ibu bapa mana la yang x sayangkan ank kan. Lagi2 anak kena mengembara sejauh 5 km gara2 nak g skolah. haa.. masa tu, aku paling ingat macamna kitorang fobia sangat dengan lori balak. sampaikan lori ni macam lori hantu dalam fikiran kitorang. nak tau lori tu mcamana? haa.. lebih kurang macam gambar kat bawah ni:

 (kitorang panggil benda ni LUGING)

masa tu memang feymes la cerita pasal 'kejahatan' lori ni. Konon semua lori macam ni, ada orang yang nak potong kepala budak. (nauzubillah) Kitorang yang dihipnosis dgn cerita ni pun takut dengan benda ni. Sampaikan tiap kali lori ni nak melintas, kitorang menyorok dalam semak, dalam parit... dan macam2 lagi lah. tapi kekadang, crita tu ada betulnya jugak. Sebab orang2 kompeni zaman dulu memang suka guna benda2 ghaib ni untuk bagi keuntungan yang berlipat kali ganda. (jangan TEGUR...part yang tu aku x brapa berani nak crita.:)) 

Cerita ni panjang lagi sebenarnya, tapi cukuplah setakat ni dulu untuk update blog hari ni. In a nut shell, sesiapa budak yang masih bersekolah, yang terbaca blog akak ni secara langsung atau tidak langsung, yang tetiba terklik blog yang tak berapa nak jadi blog ni, bersyukurlah.. kemudahan yang korang ada pada hari ni, jauh lebih baik daripada zaman kitorang dulu2. Gunalah kemudahan tu untuk korang melangkah lebih jauh dari kami. :). buat kawan2 yang pernah rasa pengalaman zaman sekolah yang sama, jangan lupa asal usul kejayaan kita. :) (walaupun aku ni bukan lah berjaya sangat.ahaha)

ok la, see u... trima kaseh sebab sudi baca blog ini. :))



Monday 25 April 2011

Terlewat ke dewan peperiksaan.

ah, malas aku fikir pasal sedih2. baik aku fikir pasal y best2.


Tak bley sedi2. tak bley tak bley~~u nak blah, ada ku kesah?:p

Eiuuu...tadi aku terlewat pergi exam. semua gara2 tidur 'meta'.. aku kelam kabut btl.

aku berlari2 ke foyer utuk tunggu bas. hah, ada bas, nasib baik...

aku naik la bas tu. Pak cik tu mcm kata sesuatu kat aku, tapi aku buat2 x dengar. :).

kawan aku sms aku kat mana. Aku kat dalam bas, dah nak gerak pun. Aku pun duduk la dengan tenang. Tup2 bas tu x masuk simpang ke kampus. Rupanya dia pg PC. aku pun tanya driver tu, 

"pak cik, pak cik nda pi kampus ka ni?"
"tak, pak cik tak p kampus hari ni. Pak cik dah tanya tadi. Ingatkan kamu tak salah bas"
"aduh pak cik, tulung lah (merayu2 ni). saya ada exam ni hari."
"humm.. pak cik tak dapat p la.pak cik tak bawa bas kampus hari ni "
"aduuu... mcmana ni..?"
"takpe2, gni, pak cik berenti depan simpang tu, nanti kamu turun balek, g naik bas kampus"
"ada ka bas kampus tadi?"
"ada.. y kat belakang nu. nanti pak cik berenti"

.....

"ha.. kamu turun cni, naik balik bas g kampus nu."
"ok, tima kasi pak cik!"
"same2.."

lalu aku pun berlari2 la menuju ke foyer semula dari simpang jalan raya. Jauh gila aku rasa simpang tu. padahal 500 meter je kutt.. tapi masa tu dah pukul 2.20 petang. Ah, matilah aku kali ni. Aku hampir2 tak nak pegi exam. Tapi disebabkan hatiku ini hati oltromen, aku pun pegi la jugak...

Dalam adengan berlari-larian tu, tetiba pulak kasut aku buat hal. Adeh, bila masa la pulak tapak kasut ni meragam. Ah lantak la. ak tarik, pastu buang. Akak jual durian depan aku senyum2. Ah, lantak ar. Fikiran aku masa tu hanya fokus satu benda je. DR. SULTANA ALAM. ahaha... paper beliau tu~:(

pastu sampai kat foyer aku pun merayu2 dengan pak cik tu.

"pacik2, tulung sia.. jum la jalan sekarang"
"hah?"
"nda, saya salah bas tadi. saya ingat dia p kampus"
'ooo..patut la pak cik nampak bas brenti kat depan tadi.haha. awat tak tunggu je kat simpang tu, sms pak cik. nanti bole pak cik singgah je.."
"errr... errr..."(ndada keditku ni ba)
"ok2 tak pe la. jum2"
"ok jum2"

jalan2~~~

"ha... cepat2 jalan tau. tinggal 5 minit g nak start"
"hehe.. tima kasi pak cik!"

aku pun berlari2 semula. Punya la aku malu ba. ya ampun....

sampai dewan, aduh macam nak pengsan.takut, hepi, sedih, gerun, segala macam ada... hampir 10 minit aku 'bertafakur' untuk menenangkan jiwaku yang gundah gulana itu. pastu aku pun menjawab soalan yang diberikan. Alhamdulillah syukur, aku pun dapat jawab. Nasib baik DR. SULTANA ada bagi tips hari tu. Then, dapatlah kitorang jawab...:)

apa2 pun, ada 5 pengajaran yang aku dapat pada hari ini:

1) jangan tidur 'meta' sebelum g exam. (jangan take 5 untuk tidur sebelum g exam)
2) baca tips2 yang dibagi oleh pensyarah. InsyaAllah, dapat jawab walau dalam keadaan macam mana pun. 
3) jangan start menulis ketika perasaan masih tidak stabil. Take time to relax.. tarik nafas dalam2 dan selawat.
4) Jangan cepat putus asa biarpun terlewat ke exam.
5) Senyum dan take it easy. :D

apa-apapun, yang paling baik adalah; buat persediaan awal dan datang awal ke dewan peperiksaan...:D

wallahualam.



Maaalu~ maalu~~ eee'eeee....

ahahha..


aku kecewa? bila la bah aku kecewa ni ba... there's only 3 things in ma life y bikin i kecewa k.


1) tym kuih penjaram aku disambar ayam. Lalu aku mengejar sampai aku dapat itu ayam tapi kuih tu dia sudah telan habis.(tym tahun 2 kalu x silap)


2) masa aku tahun 1, aku dapat anugerah cemerlang tapi bukan bapa aku yang sampaikan hadiah tu pada aku. Bapa orang y bagi itu hadiah sama aku. padahal tym tu turn bapa aku y kasi sampai hadiah. kecewanya aku sampai menangis di dewan. ahhaha. maalu~ maalu~~:p


3) Tym aku kawan ni orang tapi dia tuduh aku suka dia. geramnya eyh,. cekewa aku. rupanya dia salah faham sama aku pnya tindakan. ahaks..




na... coba eyh kau tinguk ni ba. nda pun aku cekewa jg ni sama kau.. sian. maalu maalu~~ :D

Thursday 21 April 2011

Rahsia tahi lalat

Bahagian Badan & Firasat



Bibir atas kanan 
Banyak rezeki, pandai 

Bibir atas kiri 

Ramai kawan, baik hati

Bibir bawah kanan

Disegani orang, ramai yg suka

Bibir bawah kiri

Pandai bicara, tak mudah kalah

Leher kanan

Cerdas, jujur, berani menderita

Leher kiri

Cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan

Leher di tengah

Tercapai cita-cita

Biji mata kanan

Suka serong dan pembohong

Biji mata kiri

Pembohong tetapi baik hati

Hujung mata kanan

Baik hati, sopan santun, cerdas

Hujung mata kiri

Baik budi, murah rezeki

Punggung kanan*

Agak mengalami kesulitan

Punggung kiri*

Malas dan suka duduk

Betis kanan

Suka berhibur, boros

Betis kiri

Rajin,tidak suka menganggur

Lutut kanan

Bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha

Lutut kiri

Kurang kuat berusaha

Kepala sebelah kanan

Terkabul cita-cita

Kepala sebelah kiri

Sering menemui kesusahan

Kepala sebelah belakang

Jujur, sabar dan tekun

Kening kanan

Cerdas dan cekap

Kening kiri

Cerdas, sopan santun

Tengah kening

Keras hati, berani segala hal

Hujung mulut kanan

Kecil rezeki, tak mudah kalah

Hujung mulut kiri

Suka berpoya-poya

Ketiak kanan

Dapat menyimpan rahsia

Ketiak kiri

Jujur, banyak yang cinta

Pergelangan kaki kanan

Suka berpergian (keluar rumah)

Pergelangan kaki kiri

Kehendak kuat

Batang hidung

Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

Pada hidung

Banyak rezeki

Dagu bawah kanan

Jujur dan baik hati

Dagu bawah kiri

Bijak sana dan berbudi luhur

Kemaluan kanan atau kiri *

Baik, suka senggama

Di kepala kemaluan (lelaki) *

Bakal beristeri 2

Tumit kanan

Jujur dan banyak kawan

Tumit kiri

Baik budi

Alis kanan

Suka menolong, baik hati

Alis kiri

Ramai yang suka

Pangkal peha kanan

Kemahuan kuat

Pangkal peha kiri

Suka kerja apa pun

Telapak kaki kanan

Tak mudah mengeluh

Jari kaki kanan

Suka menolong

Jari kaki kiri

Berbudi, suka berbuat baik

Bahu kanan

Cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan

Bahu kiri

Suka kerja keras, banyak tanggungjawab

Buah dada kanan*

Baik hati, pendiam,simpan rahsia

Buah dada kiri*

Ramai kawan, setia pada pasangan

Lengan kanan

Setia dan taat pada atasan

Lengan kiri

Menepati janji dan rajin

Pipi kanan

Ramai teman

Tengah-tengah pipi kanan

Ramai yg suka

Tengah-tengah pipi kiri

Ramai teman

Ubun-ubun

Kurang jujur

Pusat

Cerdas, tangkas, tekun

Pusat bahagian kanan

Sejahtera dalam hidup

Pusat bahagian kiri

Beroleh kemliaan

Pinggang kanan

Sayang pada pasangan hidup

Pinggang kiri

Disayang pasangan hidup

Dada kanan

Dapat mengatasi masalah

Dada kiri

Berani, jujur dan sabar

Telapak kaki kanan

Tidak mudah mengeluh

Telapak kaki kiri

Baik budi pekertinya

Siku tangan kanan

Kuat ingin memiliki kekayaan

Siku tangan kiri

Baik hati, suka menolong

Jari tangan kanan

Serba beroleh keuntungan

Jari tangan kiri

Serba baik bekerja

Jari telapak tangan kanan

Banyak rezeki tapi boros

Jari telapak tangan kiri

Banyak rezeki dan cermat

Perut bawah kanan

Banyak rezeki, suka memberi maaf

Perut bawah kiri

Baik hati, tenang hidupnya

Sudut mata kanan dalam

Disayang suami atau isteri

Sudut mata kiri dalam

Tidak mudah dilupakan pasangan

Sudut mata kanan luar

Baik budi, ramai yg cinta

Pelipis kiri

Murah rezeki, dpt jadi kaya

Pelipis kanan

Serba berhasil dalam usaha

Kelopak mata kanan atas

Baik hati, ramah, berjaya

Kelopak mata kiri atas

Baik budi, ramai yg suka

Kelopak mata kanan bawah

Agak malas

Kelopak mata kiri bawah

Agak bodoh, kurang bijaksana


* :) 

Wednesday 20 April 2011

Rahsia Bibir Wanita

Bibir wanita memang penuh tarikan. Namun di sebalik keindahan yang dipaparkan, terdapat suatu misteri atau rahsia tentang watak si pemiliknya.Di sini dinyatakan misteri bibir yang patut diketahui. 


Bibir segar dan kemerahan... 
Wanita yang mempunyai bibir segar dan kemerah-merahan secara semulajadi menandakan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga kesihatan diri. Sifat mereka juga terbuka dan periang. Ramai yang suka berkawan dengan wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan. Wanita ini juga mampu memberi keriangan kepada pasangannya dengan sifat semulajadinya sebagai wanita.Dia manja dan kehidupannya yang ceria sungguh menyenangkan sekali.Secara umumnya, wanita ini suka dimanja dan mahukan kasih sayang yang penuh kehangatan. Dia akan kecewa sekiranya mendapat pasangan yang kaku dan tidak tahu memanjakannya. Biasanya juga mereka mempunyai raut wajah yang menarik, selari dengan kecantikan bibirnya yang sentiasa mengundang rasa senang dan mesra kaum lelaki.

Bibir yang biru (pucat)...
Tidak kira apa juga bentuk bibir wanita ini, cahayanya kelihatan kebiruan. Biasanya wanita ini tidak begitu boleh diletakkan kepercayaan. Kata-katanya tidak boleh dipegang,selalu bersifat ingkar dan cuai terhadap tanggungjawab dan kewajipannya. Cerewet dan suka menimbulkan perselisihan dengan pasangannya. Jika anda ingin menjadi kekasihnya, anda hendaklah seorang yang boleh mengatasinya atau mengawalnya.


Bibir yang tipis...
Tipis bukan bererti nipis! Wanita yang memiliki bibir tipis pada umumnya banyak mulut dan suka membicarakan hal-hal yang kadangkala boleh disifatkan sebagai tidak wajar. Suka melakukan sesuatu dengan caranya sendiri tanpa mempedulikan apa kata orang lain. Wanita ini pandai memujuk rayu dan tahu juga berpura-pura dalam memainkan peranan demi kepentingannya. Wanita ini juga mempunyai nafsu yang cukup besar dan memerlukan belaian yang penuh kehangatan dari pasangannya. Wanita ini bersikap optimis dalam menjalankan kehidupannya.

Bibir yang mungil...
Wanita ini secara umumnya mempunyai gaya dan pesona yang mendebarkan lelaki. Selalu mempamerkan gaya keanak-anakan dan bersifat manja. Suka didampingi dan dibelai oleh pasangan. Wanita ini juga suka bergantung kepada orang lain, tidak mempunyai pendirian yang mantap lantaran selalu bersikap ragu-ragu dengan apa yang dilakukan.Lelaki mudah mengambil kesempatan untuk menggodanya. Wanita jenis ini juga mudah dijinakkan jika pandai membaca kelemahannya.Wanita ini boleh diharap menjadi ibu yang baik dan suri rumah yang bertanggungjawab. Namun suka merungut dan berleter jika tidak mendapat apa yang diingininya.

Bibir yang tebal...
Wanita berbibir tebal dikatakan mempunayi nafsu yang kuat. Sukakan kemesraan dan kehangatan. Dia juga bersikap agak bebas dan terbuka apalagi jika dikaitkan dengan persoalan cinta dan seks. Mampu memberi keseronokan dan kesenangan kepada pasangannya, namun boleh juga menimbulkan suasana yang sebaliknya lantaran sikapnya yang suka mencemuh dan memalukan dikhalayak ramai.Wanita ini tidak suka sikap yang berpura-pura. Jika diamanahkan suatu rahsia, dia boleh menjaganya dengan baik dan mengunci rapat. Bagaimanapun jika dia mula membenci seseorang ,kata-kata yang dihamburkan menyinggung perasaan orang dan terburailah segala rahsia orang yang dibencinya.Begitu mementingkan kecantikan dan bersolek lama. Banyak wang yang dihabiskan untuk tujuan kecantikan serta bersikap pemboros. Tidak pandai menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Jika anda sebagai suaminya, seharusnya mempunyai sifat kewibawaan untuk membimbingnya. Jika tidak dia akan bersikap queen-control!

Bibir sentiasa terbuka...
Mempunyai keinginan yang tinggi dari segi kehidupan dan juga seks. Dalam soal kerja atau tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin dan mencapai prestasi yang membanggakan. Ramai wanita jenis ini memperoleh kedudukan yang baik dalam kerjaya kerana mampu berjaya dalam setiap bidang yang diceburinya. Optimis dan bermatlamat. Dia juga mudah jatuh cinta dan berusaha sedaya-upaya untuk memiliki atau memenangi hati lelaki yang dicintainya. Tidak segan atau malu untuk meminta apa yang dihajatinya dalam perhubungan. Dia pandai merangsang pasangan dengan gaya pesonanya yang hebat dan erotik. Pandai memanfaatkan keistimewaan diri.