Friday 29 April 2011

1, 2, 3.... Mau jeles suda aku~

TAK APA LA... 

Itu la perkataan yang ulang2 muncul dalam kepala otak aku ni tiap kali hati aku berbisik, "alangkah beruntungnya kalau aku.. bla bla blaa... macam org tu".pastu jeles mula bercambah2...:((. 

masing2 ada kemahuan sendiri, kemampuan sendiri, rezeki sendiri, kelebihan sendiri, kelemahan sendiri dan macam2 lagi. 

Tak kisah lah kita ni miskin ka, tak pandai ka, tak cantik ka, tapi bila seseorang tu dapat kawal rasa jeles dia tu, maka dialah yang paling beruntung di dunia ni. 

Mana aku dapat fakta begitu? well, its all based on my own observation. Ramai orang tewas sebab cemburu dan iri hati. Aku bukan lah baik sangat. Aku menulis benda ni pun sebab aku nak buang rasa jeles aku ni. Daripada aku simpan rasa jeles tu dalam lubuk hati dan sanubari aku, lebih baik aku membuangnya di sini. :p. 

orang kata kita akan cemburu kat seseorang tu bila dia ada kelebihan dari kita. Bohonglah bila anda mengatakan, aku ni pencemburu. Tidak, aku tidaklah sesadis itu. 

Cuma, rasa cemburu ini terbit akibat sedikit penyesalan. Atau mungkin lebih tepat, tidak bertuah.

Tidak bertuah! ah itu pun perkataan yang paling aku benci.  most people judge someone by their character, their intelligence, their ability and many more. Benda ni lah yang sebenarnya menjadikan munculnya benda 'jeles-menjeles' ni.

Aku ni bukanlah pengkaji sosial.

apa kaitan dengan JUDGING? 

untuk menilai seseorang, Hidup ni tak pernah lari dari istilah PERBANDINGAN atau dalam bahasa orang putih, COMPARISON.

ramai orang selalu nak compare2 seseorang tu dgn seseorang yang lain. pastu bawak 'berbincang'. maka terhamburlah segala kelemahan dan kekurangan orang yang ingin dibincangkan. tujuannya, supaya nak tengok siapa yang hebat. hahhaha. pastu, arguing. hoping that everyone can stand their view. lawak betul manusia ni. 


aku tak tahu apa yang aku mengarut. but my main point is: aku tengah jeles skg ni! arghh! Harap2 la jeles aku ni tak kemana.

aku tak mahu dengar baik kelebihan ataupun kekurangan setiap orang. Aku tahu setiap org ada kelebihan dan kekurangan sendiri but i dont want to know it SPECIFICALLY. biarlah fikiran aku hanya mengatakan, semua orang adalah sama. Cukup itu sahaja.



 O, Allah, please help me to ease this feeling. 

Tak apa, kembalikan jiwamu pada-Nya~~ :). and take it easy. oh, glad me. How I love for being myself. 

Angkat tangan kanan, tepuk bahu kiri, dan katakan; I'm the best of me. 


Terima kasih Allah. hamba-Mu ini masih bernafas pada hari ini. :)

P/s: JANGAN JELES!! (marah diri sendiri. ahahahha...)

*jeles diistilahkan sebagai cemburu, iri hati atau dengki. Jeles merupakan bahasa pasar yang dipetik dan diubahsuai daripada perkataan Inggeris iaitu jealous. 

No comments:

Post a Comment